PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA (MYLESEN) 2023: SYARAT & CARA PERMOHONAN
Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara akan dapat menyertai program MyLesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).
Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen)
Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dari seluruh negara. Melalui bantuan ini, golongan yang layak akan mendapatkan lesen motosikal secara percuma.
Segala kos dalam membuat lesen akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menjana pendapatan.
Syarat Kelayakan & Permohonan
Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan dan mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
- Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
- Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon
*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.
Post a Comment
0 Comments