Cara Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Mulai 21 Disember 2020
TARIKH MOHON I-SINAR KWSP
Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020. Manakala, bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Antara syarat-syarat kelayakan i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:
A. Kategori 1
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
B. Kategori 2
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Pemohon perlu sertakan bersama dokumen seperti berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
CONTOH AMAUN KELAYAKAN I-SINAR KWSP
Baki Simpanan Akaun 1 : RM100,000 dan ke bawah
- Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Baki Simpanan Akaun 1 : Lebih dari RM100,000
- Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
CARA PERMOHONAN I-SINAR PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/
KAEDAH BAYARAN
1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP.
Post a Comment
0 Comments