Jawatan Kosong Pembantu Tadbir W19 Jabatan Perkhidmatan Awam & Kementerian Kesihatan Malaysia ~ (285 Kekosongan)


 

Senarai maklumat berikut merupakan iklan jawatan  yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. PORTALJOBMY hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda.Untuk memohon sila ikut prosedur yang disediakan.

Permohonan Jawatan

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

Kelayakan Minima: SPM/ Diploma/ Ijazah
Majikan: JPA & KKM
Tutup Permohonan: 21 Ogos 2022 

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian / Jabatan: Pelbagai Kementerian / Jabatan

JADUAL GAJI

  • Gaji Minimum : RM1,353.00
  • Gaji Maksimum : RM4,005.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut


Syarat Kelayakan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 21 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Cara Permohonan

https://bit.ly/3zJrAsh

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan https://spa9.spa.gov.my

Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan adalah dianggap tidak berjaya

Post a Comment

0 Comments