[RASMI]Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Bermula 04 Januari ini

 


 

TARIKH SEMAKAN STATUS I-SINAR KWSP

Ahli boleh semak status permohonan i-sinar pada 4 Januari 2021. Menurut sumber info kami, bagi yang ada i-Akaun boleh semak status i-Sinar mulai 1 Januari 2021 menerusi laman web i-Akaun KWSP.

CARA PERMOHONAN I-SINAR KWSP 

Permohonan i-sinar boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/. Permohonan dibuka selama 6 bulan.

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN I-SINAR KWSP

A. Melalui Portal i-Sinar

1. Sila layari ke laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/ pada 4 Januari 2021.

2. Klik pada butang ‘Semak Status’.


B. Melalui Portal i-Akaun

1. Bagi yang ada i-Akaun boleh semak status permohonan i-sinar KWSP secara online menerusi laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Klik pada withdrawal dan kemudian ke ‘Withdrawal History’.

Nota : Bagi yang status ‘LULUS’ bermaksud permohonan pengeluaran i-Sinar anda diluluskan dan anda akan menerima bayaran pada tarikh yang dimaklumkan melalui nombor akaun yang diisikan semasa permohonan.

KAEDAH BAYARAN PENGELUARAN I-SINAR

1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pada 11 Januari 2021.

2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP atau hubungi di talian 03-8922 4848.

Post a Comment

0 Comments