Pakej 5G Rahmah : Pakej Pembelian Telefon Pintar Serendah RM120 Untuk B40
Pengenalan Pakej 5G Rahmah
Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5G RAHMAH iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sempena Bulan Kebangsaan.
Pakej ini turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.
Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.
- Telefon jenama Samsung A14 5G & Honor 90 Lite 5G berharga RM240 dengan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan (untuk semua rakyat).
- 100,000 pelanggan terawal akan nikmati Pakej 5G Rahmah dengan harga telefon serendah RM120 (untuk B40).
- Rebat RM10 sebulan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam.
- Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini
Tarikh Pembelian / Pendaftaran
Pakej ini akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023.
Cara Permohonan / Pendaftaran Pakej 5G Rahmah
Sebarang makluman terkini berkenaan cara permohonan atau pendaftaran akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi (KKD) dan Digital serta telco yang terlibat.
Maklumat Lanjut
Ikuti media sosial KKD untuk maklumat terkini tentang tawaran ini :
- Facebook : Kementerian Komunikasi dan Digital
- Twitter : Kementerian Komunikasi dan Digital @kkd_gov
Post a Comment
0 Comments