i-Sinar Kategori2 ~ Cara Permohonan Dan Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2
Anda boleh membuat permohonan i-Sinar Kategori 2 di laman web isinar.kwsp.gov.my
Bermula 11 Januari 2021, permohonan i-Sinar Kategori 2 sudah dibuka.
Senarai Dokumen Sokongan i-Sinar
- Slip/ Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh permohonan); DAN
- Slip/ Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus antara bulan April 2020 sehingga bulan permohonan; DAN
- Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ ATAU
- Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.
Contoh Dokumen Sokongan iSinar
Jika anda bekerja dalam sektor tidak formal (seperti: bekerja sendiri, penghantar makanan, pemandu e-Hailing, Freelancer) dan pendapatan terjejas, dokumen sokongan yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:
Penyata Bank yang perlu beliau dikemukakan adalah bagi bulan berikut:
- Pilih salah SATU (1) bulan SEBELUM pendapatan terjejas (SATU bulan dalam tempoh 12 bulan di antara bulan April 2019 sehingga Mac 2020)
- Pilih salah SATU (1) bulan SELEPAS pendapatan terjejas (SATU bulan selepas bulan April 2020 sehingga bulan Januari 2021)
Cara Muat Naik Dokumen Sokongan
Anda hendaklah memuatnaik secara online dokumen sokongan i-Sinar anda di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
Pastikan ia jelas dan boleh dibaca. Anda juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk memuat naik gambar dokumen sokongan.
Berikut kami kongsikan langkah mengambil gambar dokumen sokongan melalui infografik yang dikongsikan oleh KWSP:
Anda akan diminta memuat naik semula dokumen sekiranya dokumen tardahulu yang anda muat naik tidak jelas, tidak lengkap dan tidak berkaitan.
Justeru itu, pastikan dokumen yang anda ambil gambarnya jelas dan mudah untuk dibaca.
Semakan Status & Tarikh Bayaran
- Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
- Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Maklumat Lanjut i-Sinar Kategori 2
Anda boleh mengikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.
Post a Comment
0 Comments