TERKINI : Tarikh Bayaran i-Lestari RM500 Bulan Februari 2021(Jadual)

 


 

JADUAL BAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI BULAN FEBRUARI 2021

Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran sekali sahaja. Ahli akan terima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Jika pada 2 Februari 2021 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

CARA SEMAK BAKI AKAUN 2 UNTUK PENGELUARAN I-LESTARI

Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak penyata, baki dan transaksi bayaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut :


1. Bagi anda yang mempunyai i-Akaun boleh log masuk melalui laman web rasmi https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Pilih Withdrawal/ Pengeluaran untuk proses seterusnya.

3. Sila, pilih pada Withdrawal History.

CARA SEMAKAN STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP ONLINE

Semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ilestari.kwsp.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.


Post a Comment

0 Comments