Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM Akan Dikreditkan Mulai 20 September 2022


 

BKM merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40. Maka hari ini saya mengumumkan:

i. Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

ii. Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.

iii. Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

iv. Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui Portal BKM.

Seperti sebelum ini, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak.

Memetik laporan akhbar tempatan, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pengurangan subsidi harga ayam yang dibuat adalah bertujuan membolehkannya disalurkan secara terus kepada rakyat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

“Ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat. Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor semalam.

Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 & 4

Berikut dikongsikan jadual bayaran BKM Fasa 3 dan Fasa 4.

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM300
3 anak dan ke atas: RM400

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM100
3 anak dan ke atas: RM100

ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 500
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM700

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM400
1-2 anak : RM400
3 anak dan ke atas: RM400

iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM800
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM600

iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM150

v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150

Semakan Status

Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.

Sila rujuk langkah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  5. Klik Menu [Semakan Status].
  6. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  7. Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
  8. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
  9. Selesai.

Maklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia

Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :


Post a Comment

0 Comments