iBantuan Terengganu: Cara Daftar & Semakan Status Kelayakan


 

Cara Daftar iBantuan Terengganu

Pemohon mestilah mendaftar sebagai pengguna iBantuan sebelum mereka membuat permohonan.

https://www.highrevenuegate.com/p2w4r4px?key=53b9f4e79a7e251fb1dc0e8df6dcc416

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar

  1. Layari laman web iBantuan Terengganu di https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/
  2. Klik pada tulisan “Daftar” di bawah borang log masuk
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Isi katalaluan
  5. Ulang semula kata laluan
  6. Klik butang Daftar

Syarat Pendaftaran

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem iBantuan.

Syarat khusus bagi setiap jenis bantuan yang diberikan adalah berbeza.

Cara Memohon Bantuan Melalui iBantuan Terengganu

https://www.highrevenuegate.com/p2w4r4px?key=53b9f4e79a7e251fb1dc0e8df6dcc416

bantuan negeri terengganu

Setelah mendaftar akaun iBantuan, anda boleh log masuk dan lihat senarai bantuan yang dibuka untuk permohonan.

Setiap jenis bantuan hanya dibuka untuk tempoh masa tertentu sahaja.

Lesen Motor Terengganu Sejahtera

Bantuan “Lesen Motor Terengganu Sejahtera” adalah tajaan kos mengambil lesen bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat kelayakan LMTS

Syarat-syarat permohonan adalah seperti yang berikut:

  1. Pemohon berumur 16 tahun hingga 40 tahun semasa tarikh permohonan dibuka (Bagi pemohon
    16 & 17 tahun, permohonan mestilah dibuat oleh ibu/bapa/penjaga pemohon).
  2. Penerima yang lulus LMTS pada tahun sebelum ini, TIDAK LAYAK memohon bagi LMTS 2023.
  3. Pemohon yang BEKERJA, pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
  4. Pemohon yang TIDAK BEKERJA, jumlah pendapatan ISI RUMAH tidak melebihi RM2,500 sebulan.
  5. Pemohon mestilah bebas daripada KES SAMAN dan MAHKAMAH.
  6. Pemohon OKU layak memohon untuk lesen B2 sahaja.
  7. Latihan/kursus hanya boleh melibatkan Institut Memandu (IM) yang berdaftar dengan pihak TSIS
    sahaja.
  8. Kos yang ditanggung melibatkan kos membuat lesen, MYeG, SST dan insurans sahaja.
  9. Kelulusan program LMTS hanya sekali SAHAJA bagi setiap pemohon.
    10.Permohonan boleh DITOLAK sekiranya maklumat TIDAK BENAR dan TIDAK LENGKAP

Bantuan i-Fitri 2023

Bantuan khas sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri agar segala perbelanjaan untuk sambutan ini dapat diringankan sedikit buat semua umat Islam yang menyambutnya.

Syarat kelayakan i-Fitri

  1. Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam
    sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah
    pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun
    tetap).
  3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada
    RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK
    memohon.
  5. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
    oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
  6. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
  7. PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

Maklumat lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan “Lesen Motor Terengganu Sejahtera” dan “i-Fitri” sila layari portal iBantuan Terengganu di alamat https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/

Post a Comment

0 Comments