Insentif Ujian Memandu Percuma B2, Teksi, Bas, eHailing – Bajet 2023
Ujian memandu percuma bagi lesen motorsikal Kelas B2, Teksi, Bas dan eHailing merupakan antara insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata beliau sendiri mengakui sedikit terkejut dengan insiaitif baik ini dan memperincikannya terlebih dahulu perkara ini sebelum pelaksanaan dapat dimulakan.
Insentif Ujian Memandu Percuma yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 ini rata-ratanya disambut dengan baik oleh banyak pihak kerana menyedari kos mengambil lesen memandu yang boleh dikatakan agak mahal untuk sesetengah individu.
Tujuan utama program bantuan lesen ini adalah bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.
Tanggungan bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing ini untuk membantu golongan belia supaya mereka boleh memulakan pekerjaan dalam (bidang) ekonomi gig.
Selain bakal memanfaatkan golongan belia, Anthony Loke berkata pihaknya juga akan membincangkan dengan lebih lanjut kemungkinan untuk meluaskan inisiatif ujian memandu percuma ini kepada golongan sasar yang lain.
Kategori Kelayakan
Dalam pembentangan Bajet 2023, pemberian ujian memandu percuma ini hanya difokuskan untuk individu yang ingin mengambil lesen-lesen berikut:
- Motorsikal Kelas b3
- Teksi
- Bas
- eHailing
Harga Lesen Memandu
Harga mendapatkan lesen memandu adalah berbeza mengikut institusi pusat belajar memandu.
Sesetengah daripada pusat belajar memandu mungkin mengenakan harga yang sedikit mahal kerana didatangkan dengan pakej belajar sampai lulus, pengambil pelajar di rumah dan sebagainya.
Berikut merupakan julat harga mendapatkan lesen memandu di Malaysia:
- Motorsikal B2: RM380 – RM450
- Teksi/eHailing: RM245 – RM250
- Bas: RM 1170 – RM1417
Harga yang dikenakan juga mungkin berubahah dari semasa ke semasa
Post a Comment
0 Comments