eBelia Rahmah RM200 – Cara Penebusan e-Tunai Boost, TNG & Setel


 



Pengenalan e-Tunai Belia Rahmah

Inisiatif eTunai Belia Rahmah ini merupakan inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan menjelaskan, pemberian bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada Jun 2023.

“Bantuan e-dompet itu telah diperluas kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


e-tunai belia rahmah
Sumber infografik: Berita RTM

Katanya, pihak MOF dengan kerjasama kementerian yang terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan e-dompet berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian sebelum pelancarannya pada hujung bulan Jun kelak.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan bahawa mahasiswa universiti merayu kerajaan segera menyalurkan bantuan RM200 e-dompet kepada mereka seperti diumumkan Perdana Menteri pada 7 April lalu.

Menurut mereka, bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban dan berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus


Tarikh Permohonan / Penebusan

Bantuan E-tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 boleh ditebus mulai 26 Jun 2023.


Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia*

*Nota: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:


  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
  • Senior Middle 3
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Diploma Kolej Vokasional
  • Diploma dan setara institusi TVET
  • Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
  • A-Level
  • International Baccalaureate Diploma
  • Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Sarjana Muda dan setaraf
  • Sarjana dan setaraf
  • Doktor Falsafah dan setaraf
  • Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia

Cara Memohon eBelia Rahmah 2023 (Tuntut Kredit e-Tunai RM200 Melalui Boost, TNG & Setel)

Belia warganegara yang layak boleh membuat penebusan melalui 3 aplikasi berikut:


  1. Boost
  2. Touch n Go
  3. Setel

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos depan.


Tarikh Akhir Permohonan & Penebusan Kredit eBelia RM200

Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Post a Comment

0 Comments