Program Bantuan BAP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Bantuan BAP (Bantuan Anak Pelihara)
Bantuan BAP (Bantuan Anak Pelihara) 2023 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
Bantuan BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri
Jumlah Bantuan BAP (Bantuan Anak Pelihara)
Kadar bantuan BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehinga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih.
Syarat Kelayakan Bantuan BAP
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Bantuan BAP:
Keluarga yang sedang memberi jagaaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001
Cara Memohon Bantuan BAP (Bantuan Anak Pelihara)
Cara permohonan Bantuan BAP adalah seperti berikut:
Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Maklumat Lanjut Bantuan BAP
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan bantuan BAP, anda boleh menghubungi JKm di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.
Post a Comment
0 Comments