Program MyLesen B2 2023 – Bantuan Lesen Percuma
Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara akan dapat menyertai program MyLesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).
Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Cara Pendaftaran
Untuk mendaftar, sila rujuk pihak JPJ Negeri masing-masing kerana tarikh pendaftaran setiap negeri adalah berbeza
Program MyLesen B2 2023 (Melaka)
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Umur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan & mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)
- Tanggungan kepada penerima layak memohon
*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.
HUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA :
- 06-251 4049 / 06 – 251 4050
- 9.00 pagi hingga 4.00 petang
- Bahagian Pelesenan Melaka
Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.
JPJ Negeri Melaka telah dipersijilkan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) dan komited dalam memerangi rasuah.
LIKE • SHARE • FOLLOW • SUBSCRIBE media sosial rasmi JPJ untuk info terkini.
Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/
Twitter: JPJ_Malaysia
https://twitter.com/jpj_malaysia
Instagram: JPJMalaysia
https://www.instagram.com/jpjmalaysia
Youtube: JPJMalaysia
https://www.youtube.com/user/portaljpj
Telegram: JPJ_Malaysia
https://t.me/JPJ_Malaysia
Post a Comment
0 Comments