STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran


 


STR Fasa 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan golongan berpendapatan kategori B40 dan M40.

Ia juga merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BPN) dan sebagainya

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun dilaksanakan pada bulan Januari dan April lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 3 pula dibayar pada bulan lalu sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Oleh yang demikian, kini hanya berbaki satu lagi fasa yang akan dibayar kepada rakyat Malaysia iaitu Fasa 4.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200


Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:


  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi atau sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Post a Comment

0 Comments