Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2023


 


Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan bermula September nanti, sama seperti yang diberikan kepada yang berumur 80 tahun sebelum ini.

Perkara ini dipersetujui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet


 Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen

Kerajaan mengiktiraf sumbangan perkhidmatan Veteran Tidak Berpencen atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan keamanan negara


Pemanjangan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan telah diumumkan bagi Veteran Tidak berpencen pada usia 60 tahun berbanding usia 80 tahun sebelum ini.


Ia bakal memberi faedah kepada seramai 41,970 Veteran Tidak Berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.


Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, perkara berkaitan penambahbaikan dan kebajikan anggota penjawat awam terutamanya status kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam akan dibincangkan oleh JKK-PPA meliputi aspek saraan, pembangunan organisai dan pengurusan bakat bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam.


Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)

Permanjangan BSH ini berkuat kuasa pada bulan September 2023.

Terkini, dimaklumkan bahawa tarikh bayaran pertama adalah bermula pada 19 September 2023 secara berperingkat.


Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup

Adalah dimaklumkan bahawa berikut merupakan syarat kelayakan skim Bantuan Sara Hidup khusus kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada 13 September 2023.

  1. Skim ini khusus kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke etas.
  2. Tidak perlu memohon. JHEV akan proses permohonan yang layak berdasarkan data dalam sistem VIBES 2.0 yang telah dikemaskini oleh veteran.
  3. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah mestilah tidak melebihi RM1,169.00,
  4. BSH dibayar secara berterusan sehingga dimaklumkan.
  5. Bantuan ini tidak dipanjangkan kepada balu dan penerima pencen KWAP.
  6. Penerima sedia ada dalam kumpulan ini akan terus menerima.
  7. Bayaran dilaksanakan mulai September 2023.
  8. Tarikh bayaran pada 15 hari bulan setiap bulan. Jadual pembayaran akan dikeluarkan.
  9. Akaun bank veteran hendaklah aktif.
  10. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.
  11. Veteran berumur 60 tahun ke atas perlu mengemaskini data / maklumat dalam sistem VIBES 2.0.

Sebarang pertanyaan sila hubungi hotline JHEV : 03-2697 6600


Cara Pendaftaran

  1. Pergi ke URL berikut; https://vibes.jhev.gov.my/
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.
  3. Pilih ‘Jenis Pengguna’.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
  6. Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
  7. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.

Maklumat Lanjut

Daftar dan kemas kini maklumat Veteran ATM di VIBES 2.0 sekarang:


https://vibes.jhev.gov.my/portal/

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 03-2697 6600 / 03-2050 8000


Post a Comment

0 Comments