Bantuan e-wallet RM100 akan diagihkan pada bulan Disember




 

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama, 19 Oktober 2023.

Apakah Bantuan eTunai RM100?

Bantuan eTunai RM100 adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet, “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun diberikan secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan kelak.

Kriteria Kelayakan Bantuan eTunai RM100

Buat masa ini syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Jumlah Kredit Bantuan e-Tunai


Jumlah kredit bantuan sebagaimana yang diumumkan adalah RM100.

Tarikh Penebusan

Kredit etunai RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan bawah RM100,000 setahun akan dilakukan pada Disember 2023. – Steven Sim


Penyedia Perkhidmatan

Memandangkan bantuan e-Tunai RM100 ini akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini, tiada lagi pengumuman setakat ini manakah penyedia perkhidmatan yang akan melaksanakan program ini.

Namun begitu berdasarkan kepada Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini, tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah;

  1. Boost,
  2. Setel dan
  3. Touch ‘n Go Wallet.

Cara Penebusan

Sekiranya dilaksanakan kelak, pengguna mungkin perlu download salah satu aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat.

Untuk makluman, beberapa eWallet yang popular digunakan di Malaysia adalah sebagaimana berikut;

Maklumat Lanjut

Info dan maklumat lanjut inisiatif ini akan diumumkan melalui;

Post a Comment

0 Comments