Akaun Fleksibel KWSP Bakal Dilaksana Pada April 2024

                                                 


 

Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan dapat dimulakan pada April 2024 dan perincian mengenainya akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen pada Februari 2024.


Akaun 3 itu hanya boleh dikeluarkan pada waktu kecemasan sahaja, dengan peratusan tertentu. Penelitian sedang dijalankan dari sudut kaedah mengenai akaun ini agar tidak terlalu menjejaskan pendapatan pencarum.


Ini adalah salah satu langkah kerajaan dalam mendengar keluhan rakyat selepas banyak desakan agar dilaksanakan sekali lagi pengeluaran khas. Belanjawan 2024 yang lalu membentangkan KWSP akan membuka satu lagi akaun untuk pencarum dikenali sebagai Akaun Fleksibel.


Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan mewujudkan Akaun 3 dengan pengeluaran fleksibel dilaksanakan.


Tujuan KWSP mewujudkan Akaun 3 perlu memberi pertimbangan dengan isu aliran tunai bersama isu krisis persaraan.

Setakat ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.



https://goeco.mobi/birbT7DJ

Syarat & Kelebihan

Cadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010.


Selain itu, Akaun_3 itu juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.


Walaupun tujuan Akaun_3 adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.


“Ia adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.


Tambah beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.


Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Nurhisham berkata ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain. Oleh itu, KWSP merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.


Tarikh Pelaksanaan

Akaun Fleksibel ini bakal dilaksanakan pada April 2024.

Walaubagaimanapun, mekanisme pelaksanaan cadangan ini masih diteliti dan dijangka akan diumumkan pada Februari 2024 ini.  https://goeco.mobi/birbT7DJ

Post a Comment

0 Comments