Notis Bayaran STR Fasa 4 Di Seluruh Cawangan BSN


 


Tarikh Bayaran Tunai STR Di Kaunter BSN

Tarikh penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di kaunter BSN sama ada secara tunai atau melalui akaun bank adalah bermula pada 7 November 2023 (Selasa).


Untuk pelanggan yang sudah membuka akaun bank, status pembayaran anda boleh disemak melalui saluran berikut:


str tunai bsn semakan

  • Pembayaran secara tunai dilaksanakan di Cawangan BSN seluruh negara mulai 7 November 2023


str tunai bsn semakan

Untuk makluman, penerima tunai adalah individu yang:

  • Tiada akaun bank
  • Gagal kredit

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.


Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian STR di BSN.

Pastikan anda telah membuat semakan status kelulusan sebelum hadir ke kaunter untuk menerima bayaran tunai STR.

Berikut langkah membuat semakan status BKM:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  3. Klik Menu [Semakan Status].
  4. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  5. Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
  6. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
  7. Selesai.

Post a Comment

0 Comments