Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2023 Secara Online


 


Apa itu Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB?

Rumah mesra rakyat merupakan salah satu program di bawah SPNB bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri.

Melalui program ini kerajaan menawarkan bantuan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000.

Mengenai SPNB 

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat SPNB

Rumah Mesra Rakyat SPNB bercirikan sebagaimana berikut;

Kaedah Pelaksanaan Dan Ciri-Ciri Program Rmr

Siapa yang Layak Memohon?

Kelayakan memohon rumah ini adalah sebagaimana berikut;

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Nota Dari SPNB

  • ​​Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.
Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat RMR SPNB

Cara Memohon

Terdapat dua cara untuk memohon rumah ini;

  1. Secara manual (dapatkan borang di cawangan SPNB terdekat)
  2. Secara atas talian (online)

Bagi permohonan secara online pula, anda perlu ikut langkah-langkah ini:

Layari laman web permohonan di https://rmr.spnbonline.com.my/ 

Kemudian, ikuti langkah berikut;

https://goeco.mobi/birbT7DJ

KLIK PENDAFTARAN BARU
Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN
Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
LOG MASUK KE LAMAN UTAMA
Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
MELENGKAPKAN BORANG ONLINE
Isi maklumat ke dalam sistem
SELESAI MENGISI BORANG ONLINE
Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Nota Dari SPNB

  • Permohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Nota Dari SPNB

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
  • Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
  • Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Info dan maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan, info dan maklumat lanjut;

https://goeco.mobi/birbT7DJ

Laman webhttps://spnb.com.my/ 
Facebookhttps://www.facebook.com/SyarikatPerumahanNegaraBerhad 
Instagramhttps://www.instagram.com/spnb_official/ 
Twitterhttps://twitter.com/spnbofficial 

Post a Comment

0 Comments