TERKINI : Jadual Pembayaran i-Lestari Bulan Mac & April 2021
JADUAL BAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI BULAN MAC & APRIL 2021
Kenapa i-Lestari Dikreditkan Awal?
Menurut maklum balas KWSP, disebabkan kriteria i-Sinar yang telah pun dimansuhkan dengan tanpa syarat, jadual pembayaran i-Lestari untuk Bulan Mac dan April ini juga telah berubah.
Pembayaran bagi bulan Mac ini diawalkan kepada 19 Februari lalu.
Jadual Pembayaran i-Lestari Bulan Mac Dan April
Perubahan Tarikh Pembayaran
Jika dilihat kepada jadual, pembayaran bulan Februari sepatutnya telah bermula pada tarikh 2- 15 Februari yang lalu.
Pembayaran i-Lestari pula untuk bulan 3 sepatutnya bermula pada 1-10 Mac 2021.
Namun demikian, disebabkan perubahan tarikh pembayaran yang dikeluarkan oleh KWSP, pembayaran i-Lestari bulan Mac akan bermula pada tarikh berikut:
- 19 Februari 2021
- Penerima akan menerima 2 kali pembayaran pada bulan Februari iaitu Pembayaran bagi bulan Februari dan Mac
- Jika anda batch pertama i-Lestari, anda akan menerima bayaran pada 19 Februari dan seterusnya mengikut batch masing-masing.
Adakah Pembayaran i-Lestari Bulan April Juga Diawalkan?
Ya, pembayaran i-Lestari bulan April yang dijadualkan sebelum ini pada 1 April akan diawalkan kepada 19 Mac 2021.
Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak penyata, baki dan transaksi bayaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut
1. Bagi anda yang mempunyai i-Akaun boleh log masuk melalui laman web rasmi https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Pilih Withdrawal/ Pengeluaran untuk proses seterusnya.
3. Sila, pilih pada Withdrawal History.
CARA SEMAKAN STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP ONLINE
Semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ilestari.kwsp.gov.my.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.
Post a Comment
0 Comments