i-Sinar : Ahli KWSP Boleh Pinda Jumlah Permohonan Bermula 8 Mac ini
KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online mulai 8 Mac ini.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yakin perkembangan ini sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat.
”Adalah diharapkan kemudahan i-Sinar ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung,” katanya dalam kenyataan Laporan Laksana Ke-43 hari ini.
Post a Comment
0 Comments