PEMERKASA : eWallet Belia RM150 Seorang Secara One-off
Ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai, Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun ewallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program khusus untuk golongan berusia antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa itu akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan RM300 juta.
program eBelia ini akan ditambah baik dengan nilai kredit menerusi program itu ditingkatkan daripada RM100 kepada RM150, bermula Jun ini.
Apa itu Program eBelia?
Program eBelia ini merupakan bayaran secara one-off ke dalam eWallet yang diberikan kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.
Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020, jumlah kredit yang diberikan ialah sebanyak RM50 pada awalnya.
Dalam Belanjawan 2021, ia telah dinaikkan kepada RM100, dan yang terkini bayaran eWallet RM150 pula diumumkan melalui PEMERKASA.
SYARAT MEMOHON
- Golongan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun
- Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa
Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan RM300 juta.
TARIKH BAYARAN
Tarikh jangkaan bermulanya Program eBelia ini adalah pada Jun 2021, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.
Cara Penebusan eWallet RM150
Setakat ini, masih tiada penjelasan tentang bagaimana ia akan dilaksanakan, tetapi ia mungkin serupa dengan program eTunai sebelum ini iaitu melalui Touch n’ Go, GrabPay atau Boost.
Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini setelah ia diumumkan secara rasmi nanti.
Post a Comment
0 Comments