TERKINI : Program Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan

  


Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin berdaftar dan disahkan dalam Sistem e-Kasih.

Info Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2021

1. Di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40, Ketua Isi Rumah miskin tegar dan miskin di bawah eKasih yang telah dikenal pasti akan menerima bil elektrik secara percuma sehingga RM40 sebulan bergantung kelpada jumlah penggunaan elektrik mereka

2. Sekiranya penggunaan elektrik adalah di bawah RM40 sebulan, secara automatik Ketua Isi Rumah tersebut akan menerima bil elektrik percuma berdasarkan bil sebenarnya

3. Walau bagamanapun, sekiranya penggunaan elektrik melebihi RM40 sebulan, Ketua Isi Rumah tersebut hanya perlu membayar baki selepas ditolak bantuan rebat sebanyak RM40 tersebut

4. Program ini akan berlangsung sehingga 31hb December 2021

5. Penetapan Rebat RM40 Sebulan adalah terhad kepada Tarif A (Domestik/ Kediaman)

6. Terhad kepada 1 bil sahaja untuk setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih

BANTUAN PROGRAM REBAT ELEKTRIK


Melalui Program Rebat Bil Elektrik, pengguna yang layak akan menerima:

  • Bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.
  • Bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021

Cara Semakan Rebat Bil Eelektrik RM40 Online (Nama Layak Terima Bantuan)

Syarat Kelayakan Bantuan Program Rebat Bil Elektrik RM40

Mereka yang layak adalah Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih

Pendapatan bulanan isi rumah

  • Miskin Tegar : Kurang daripada RM1,169
  • Miskin : Kurang daripada RM2,208

Maklumat Lanjut Semakan Status Rebat Bil Elektrik RM40

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi atau rujuk:

  • 1. My Government Call Centre MyGCC : 03-8000 8000
  • 2. Tenaga Nasional : 1-800-88-5454
  • 3. Sabah Electricity : 088-515000/ 15454
  • 4. Sarawak Energy : 1-300-88-3111

Post a Comment

0 Comments