Pembayaran i-Sinar Kategori 1 Bermula 1 April 2021

 


 

Bermula  1 April 2021, pembayaran dan pengkreditan bagi i-Sinar KWSP akan diteruskan oleh KWSP. Justeru itu, anda bolehlah menyemak tarikh penting pembayaran i-Sinar ini.Anda juga boleh menyemak status pembayaran i-sinar melaui i-Akaun secara online.

Pembayaran pada bulan Mac sebelum ini, telah diawalkan kepada bulan Februari. Pada bulan Februari pula, pemohon menerima dua pembayaran iaitu pembayaran untuk bulan Februari dan Bulan Mac. Namun begitu, pembayaran di bulan Mac tidak ada disebabkan memberi ruang kepada permohonan baharu i-Sinar Tanpa Syarat.

Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan status i-Sinar melalui i-Akaun.


Cara Semak Status i-Sinar Melalui i-Akaun

Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.


1. Buka apps i-Akaun di pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.

3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri

4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.

5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my

Post a Comment

0 Comments