PEMERKASA : Bantuan RM500 One-Off Kepada B40 & RM500 Tambahan Kepada Penerima BPR
Kerajaan telah memperuntukkan RM1.2 bilion bagi membantu 2.4 juta penerima yang kehilangan punca pendapatan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off diberikan kepada golongan B40, dan tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
Kedua-dua kategori ini, melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun
PERMOHONAN BANTUAN PEMERKASA
Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.Sebaliknya Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.
Kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing
Post a Comment
0 Comments